Friday 12 April 2013

Dimana Lokasi Jerawat??

Assalamualaikum w.b.t,


Kadang2 muka kita ni penuh je dengan jerawat, kat pipi la, kat dahi la! Semua tu buat kita stress kan sebab perlu covered banyak tempat.. Tapi tahukah anda bahawa setiap lokasi jerawat yang timbul tu adalah suatu petanda kepada kita?? Ok. Let me tell you these things and hopefully it might help you. Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


No comments: