Thursday 2 May 2013

Kenapa Kulit Kita Mengelupas??


Assalamualikum w.b.t,

Kulit manusia merupakan organ yang sangat unik! Berfungsi sebagai pelindung, kalis air dan bnyak lagi kegunaanya terhadap badan. Kulit manusia sentiasa berubah@bertukar dan tumbuh semula. Untuk pengetahuan anda semua, kulit terdapat 3 lapisan. Lapisan luar dikenali sebagai epidermis yang mana terdiri daripada keratin (bahan yang agak keras yang membentuk rambut dan kuku).  Seperti mana spesies2 hidupan didarat, keratin membentuk struktur yang agak keras seperti tanduk dan mahupun kulit kura2 yang mana keratin tersebut terbentuk daripada sel2 kecil yang dikenali sebagai keratinocytes.

Keratinocytes (sell) yang baru tumbuh pada tahap terendah epidermis, yang mana membentuk ikatan dengan lapisan tengah kulit (dermis). Sel2 kulit yang baru akan ditolak ke permukaan atas (epidermis) secara berperingkat-peringkat. Bila lapisan kulit yang baru ini tumbuh pada permukaan atas kulit, lapisan ini akan mati disebabkan oleh factor persekitaran. Lapisan kulit yang mati dikenali sebagai sratum corneum. Akhirnya, sel2 mati berpisah daripada lapisan kulit luar secara mengelupas dan memberi ruang2 kepada sel baru dibawah lapisan kuit. Proses “renew dead skin cell” mengambil masa kira2 satu bulan untuk memastikan sel2 kulit baru tumbuh pada keseluruhan kulit. Ini bermakna kulit yang telah mati akan digantikan dengan kulit yang baru!

Oleh itu, fungsi mengelupas adalah baik sekali bagi mengantikan sel2 kulit yang sudah mati yang mana akan menyebabkan jerawat pada muka, gatal2 dan sebagainya. Tetapi, sanda perlu menjauhi sekiranya dalam produk anda terdapat kandungan hidriquinone yang bertindak  sebagai agen penipisan kulit! Justeru, pilihla produk kami yang semestinya berkesan dan tiada kesan sampingan!!
 [source: National Geographic].




No comments: